Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penumpang Terselamat Dakwa Bas...

BATU PAHAT - Seorang penumpang yang terselamat dalam nahas bas di Thailand mendakwa...

PRN Johor: Logo Berbeza...

SEREMBAN: Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor manakala...

KPKT Peruntuk RM1 Juta...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan pemilik restoran atau kedai...

Malaysia Bimbang Akan Pendirian...

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini melahirkan kebimbangannya dan membantah keras pendirian terbaru...

KKM Perkasa Komuniti, CAC Tangani Kes Kematian Luar Hospital

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkasakan komuniti dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara bagi mengurangkan kes kes kematian di luar hospital (BID).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemerkasaan komuniti perlu dilaksanakan supaya pemimpin masyarakat di sesuatu tempat mengambil tahu akan keadaan penularan Covid-19 di kawasan masing-masing.

“Ini supaya pemimpin masyarakat di satu-satu tempat tahu berkenaan dengan kes Covid-19 yang mungkin sudah ada gejala, buat ujian dan didapati positif dan boleh dibawa secepat mungkin ke CAC untuk penilaian.

“Kita juga sedang meningkatkan keberkesanan CAC maya untuk memastikan mereka yang melaporkan ujian positif dan bergejala dapat dihubungi melalui panggilan daripada sukarelawan di pejabat kesihatan daerah,”katanya ketika di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah berkaitan pengoperasian CAC.


Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan bahawa tindakan untuk memperkenalkan CAC maya di Selangor pada Julai lalu bagi pesakit yang Covid-19 kategori satu dan dua telah berjaya mengawal kes penularan di negeri tersebut.

Justeru beliau berkata, usaha untuk menubuhkan CAC maya negeri lain sedang giat dijalankan bagi menangani peningkatan pesakit Covid-19 di seluruh negara.

Katanya, jumlah terkini CAC di seluruh negara adalah sebanyak 209 buah dan ia akan berubah mengikut keadaan semasa. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori