Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Vietnam Terbabit Persundalan,...

BATU PAHAT : Wanita warga Vietnam didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah...

Presiden Israel Kecam Duterte

BAITULMUQADDIS –Presiden Israel, Reuven Rivlin memberikan syarahan pendek tentang Adolf Hitler kepada rakan...

20 Ditahan Disyaki Terlibat...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas guru di sebuah sekolah rendah di Kuching, Sarawak...

Bomba Selamatkan 5 Individu...

Kuala Lumpur : Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pasukan bomba berikutan kejadian...

KWSP Lancar 2 Inisiatif Bantu Majikan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan dua inisiatif baharu untuk majikan bagi meringankan pengurusan aliran kewangan ketika tempoh pandemik, sekali gus membolehkan pelaksanaan tanggungjawab statutori ke atas pekerja.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini, berkata dua inisiatif berkenaan ialah pengecualian caj lewat bayar caruman, berkuat kuasa secara automatik bermula caruman September hingga Disember depan serta Tawaran Insentif Pengurangan Caj Lewat Bayar (e-PaR).

Katanya, majikan diberi kelonggaran tempoh bayaran caruman bulan semasa melalui inisiatif pengecualian caj lewat bayar caruman, selain berpeluang mendapatkan pengurangan menyelesaikan baki caj lewat bayar tertunggak menerusi e-PaR.

“Pengecualian caj lewat bayar caruman merujuk kepada caj dikenakan ke atas majikan gagal membayar caruman wajib KWSP pada atau sebelum 15 hari bulan setiap bulan.

“Walaupun tarikh akhir untuk membayar caruman tidak berubah, melalui inisiatif ini majikan boleh membayar caruman mereka sehingga akhir setiap bulan tanpa dikenakan caj lewat bayar.

“Ini akan memberi fleksibiliti kepada majikan untuk mengurus aliran tunai mereka dengan lebih efektif semasa tempoh mencabar ini, selain tidak perlu membuat sebarang permohonan bagi inisiatif berkenaan,” katanya.

Mengenai inisiatif e-PaR, katanya, majikan ditawarkan pengurangan sehingga 70 peratus untuk caj lewat bayar tertunggak bagi caruman lewat dibayar untuk mana-mana tempoh sebelum Ogos 2021.


Majikan perlu memastikan caruman dan dividen tertunggak untuk pekerja mereka bagi tempoh sebelum Ogos 2021 sudah diselesaikan sebelum 31 Disember depan, untuk layak mendapatkan pengurangan berkenaan.

“Pengurangan caj lewat bayar caruman ini bertujuan membantu majikan menguruskan aliran tunai, di samping menyediakan peluang dan insentif menyelesaikan sebarang baki pembayaran caruman tertunggak. Permohonan e-PaR akan dibuka mulai 13 September 2021 hingga 31 Disember 2021.

“KWSP menyedari cabaran kewangan dihadapi majikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Diharapkan kedua-dua inisiatif ditawarkan ini dapat mengurangkan impak pandemik ke atas operasi perniagaan, selain memastikan majikan dapat meneruskan tanggungjawab membayar caruman pekerja untuk simpanan persaraan mereka,” katanya. – BH Online

Kategori