Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah, 2 Yang...

PUTRAJAYA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya bersetuju dengan rayuan...

Penyampai TV Jadi Kontroversi...

KERANA seluar dalam, Sepanyol menjadi kecoh. Ia gara-gara gambar penyampai televisyen negara itu,...

Kerajaan Akan Laksana Pembaharuan...

Kerajaan akan melaksanakan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara sebagai langkah awal...

Dua Lagi Mayat Anak...

JOHOR BAHRU - Dua lagi mayat mangsa kapal korek yang karam di 8.6...

Lagi Mangsa Macau Scam Guna Nama LHDNM

BARU-BARU ini Mynewshub mengingatkan tentang penipuan Macau Scam menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kebetulan beberapa hari kemudian polis Johor memaklumkan menerima laporan seorang wanita warga emas kerugian lebih RM1 juta akibat sindiket penipuan itu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, wanita itu menjadi mangsa selepas menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pegawai LHDNM.

Lelaki yang menyamar sebagai pegawai LHDN itu memaklumkan konon mangsa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram awal bulan ini.

Panggilan itu disambungkan kepada seorang lagi individu lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai polis dengan memperkenalkan diri sebagai Mr. Yong.

Mangsa yang ketakutan mengikut arahan diberikan sebelum membuka satu akaun bank, selain memberi nombor siri kad ATM dan nombor pin akaun kepada suspek.

Seterusnya memindahkan wang sebanyak RM1,032,513.65 daripada beberapa akaun miliknya ke dalam akaun terbabit selain turut memberi nombor TAC kepada suspek.


Apapun inilah antara modus operandi Macau Scam yang pernah Mynewshub ceritakan dan terbukti ia benar dan masih berlaku.

Maka sekali lagi Mynewshub memberi saranan kepada semua supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan menggunakan nama LHDNM ini.

Modus operandi jenayah ini seperti yang pernah Mynewshub kongsikan boleh dibaca melalui pautan berikut/di atas:

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/modus-operandi-penyamar-lhdn/

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori