Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tonto Sindiket ‘Sial’ –...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu tonto yang mengakibatkan kematian...

Bayi Jantung Berlubang Perlu...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia setahun dua bulan yang menghidap masalah jantung berlubang...

Harga Minyak 1-7 Februari...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Sampel DNA Anak Lelaki...

KUALA LUMPUR - Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya...

Lebih 17 Juta Populasi Negara Lengkap Divaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 14 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, dengan 359 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,587 kes. – BERNAMA

Kategori