Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pesawat American Airlines Dikosongkan,...

LONDON - Penumpang pesawat American Airlines terpaksa dikeluarkan menggunakan gelongsor kecemasan selepas asap...

KPDNHEP Kedah Periksa 342...

Alor Setar : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah...

Harga Runcit Petrol RON97...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.55 seliter...

Mahkamah Benar Hampir RM600,000...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan kerajaan untuk melucutkan...

Lebih 85 Peratus Populasi Dewasa Sudah Divaksin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu Malaysia sudah melebihi 85 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi sehingga semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, melihat kepada pencapaian itu, kementerian menerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) optimis Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan berada di landasan dan perancangan ditetapkan.

Katanya, bagi mempercepatkan proses vaksinasi, CITF melalui Operasi Lonjakan Kapasiti berjaya memvaksinasi hampir semua penduduk dewasa di Lembah Klang.

“Sasaran berfokus kini untuk memastikan semua negeri mencapai sekurangnya-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

“Insya-Allah hari ini kita akan mencapai sasaran di mana status Sabah akan mencapai 60 peratus,” katanya dalam Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu mengetahui jangkaan yang pasti imuniti kelompok 80 peratus boleh dicapai.


Ahmad juga mahu mengetahui rancangan untuk memastikan hingga ke tahap 100 peratus vaksinasi serta apakah persiapan menghasilkan vaksin terhadap varian yang baharu serta rancangan menghasilkan vaksin sendiri bagi menghadapi pelbagai varian.

Dr Adham berkata, kementerian juga sudah memperuntukkan lebih RM15 juta bagi penyelidikan dan pembangunan khusus untuk vaksin Covid-19 kepada beberapa institusi penyelidikan.

Antara institusi terbabit adalah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika Universiti Malaya dan saintis Universiti Putra Malaysia.

Selain itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memberikan peruntukan bagi usaha membangunkan vaksin Covid-19 di Institut Penyelidikan Perubatan yang mula dirancang sejak awal April 2020. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori