Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Misteri Duta Itali Tak...

ROM - Ini betul-betul tabik si kaya tetap berprofil rendah... Status Datuk Dr....

Model Berbogel Di Tasik...

IMEJ kontroversi seorang wanita berbogel di tepi sebuah tasik suci di wilayah Tibet,...

PH Dakwa Risalah Sokong...

KUKUP - Pakatan Harapan (PH) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang menyebarkan risalah...

9 Terbunuh Dalam Kebakaran...

NEW DELHI : Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh selepas sebuah gerabak kereta api terbakar...

Lori ‘Menggila’ Rempuh 7 Kenderaan

KUALA LUMPUR – Sebuah lori melanggar beberapa kenderaan dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul di sini, hari ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku jam 2.30 petang berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Berdasarkan maklumat, kemalangan itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk manakala beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, difahamkan tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden berkenaan. – myMetro Online

Kategori