Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Suami Tumbuk Isteri...

BATU PAHAT: "Saya dah menyesal, saya mohon ikat jamin,".IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..Demikian...

Nelayan Myanmar Miliki Dadah...

TELUK INTAN - Seorang nelayan warganegara Myanmar merupakan antara 21 individu yang ditahan...

Menyimpan Sejak Remaja, Modal...

KANGAR - Berbekalkan azam, kesabaran dan disiplin tinggi sejak di bangku sekolah, seorang...

Waspada, Mungkin Ada Buaya...

JOHOR BAHRU - Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya berwaspada tentang kemungkinan...

Malaysia Beri Keutamaan Bangunkan Semula Ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan keutamaan untuk membangunkan kembali ekonominya selain menempatkan negara pada kedudukan yang lebih kukuh dengan ekonomi yang lebih kompetitif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, cabaran yang dihadapi negara sejak 18 bulan lalu turut memberikan peluang kepada kerajaan untuk mengkaji semula dasar dan strateginya.

Mustapa seterusnya menyenaraikan beberapa keutamaan kerajaan dalam tempoh 10 tahun akan datang termasuk meningkatkan pendapatan, menghapuskan kemiskinan mutlak dan mengurangkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah serta memastikan pertumbuhan berkualiti yang mampan, iaitu pertumbuhan tanpa menjejaskan persekitaran.

“Keutamaan lain adalah mewujudkan persekitaran dasar yang kondusif untuk sektor swasta, pelabur tempatan dan asing; pertumbuhan dan pembangunan yang inklusif serta menghasilkan lebih banyak perpaduan dan penyatuan dalam konteks Keluarga Malaysia; dan memastikan bahawa mekanisme penyampaian kerajaan ditingkatkan untuk memenuhi matlamat pembangunan kita,” katanya dalam ucaptama di webinar bertajuk ‘Rancangan Malaysia Ke-12: Membangunkan Negara dalam Semangat Keluarga Malaysia’ hari ini.

Mustapa berkata, Unit Perancang Ekonomi melibatkan diri secara aktif dengan pelbagai pihak berkepentingan dari seawal April 2019 dalam menyiapkan RMK-12, yang akan dibentangkan pada 27 September ini.


“Seperti rancangan lima tahun sebelumnya, RMK-12 akan memberikan trajektori menyeluruh agenda pembangunan kerajaan.

“Ia menyediakan petunjuk arah kepada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, pelabur dan masyarakat secara umum mengenai keseluruhan hala tuju kerajaan Malaysia,” jelasnya.

Mustapa berkata, kerajaan kekal komited untuk memastikan dasarnya sentiasa mengambil kira keperluan memulihara kekayaan kepelbagaian bio negara demi kepentingan generasi akan datang. – BERNAMA

Kategori