Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah 3 Beradik Lemas...

PASIR MAS - Jenazah tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Dungun, Terengganu...

Exco DAP Tak Setuju...

PULAU PINANG - Chong Eng tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menurunkan dua...

Laluan Haram Punca Tragedi...

TAWAU - Tragedi bot karam Selasa lalu lambat disedari kerana bot malang itu...

Selepas Puteri, TMJ Sambut...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri,...

Malaysia Komited Lengkapkan Ratifikasi RCEP, CPTPP

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk melengkapkan proses ratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada pertengahan Disember tahun ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata negara dijangka meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam masa terdekat.

“Mengenai RCEP, proses ratifikasi di Malaysia memerlukan pindaan ke atas tiga akta melalui bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Dalam hal ini, kementerian dimaklumkan oleh KPDNHEP bahawa draf pindaan akta itu sedang diperhalusi Jabatan Peguam Negara.

“Ia akan dibentang untuk perbahasan di Parlimen pada Disember tahun ini,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing Bintulu (GPS-Bintulu) yang mahu kerajaan menyatakan status terkini RCEP dan rancangan bagi meningkatkan kerjasama antara negara perjanjian itu.

Mohamed Azmin berkata, Malaysia akan ketinggalan dalam menikmati faedah dan layanan keutamaan dalam RCEP sekiranya lewat meratifikasi perjanjian terbabit.

Katanya, ia termasuk pengurangan tarif ke atas barangan eksport, akses pasaran perdagangan perkhidmatan, pergerakan pekerja profesional dan berkemahiran tinggi serta peluang meningkatkan aktiviti pelaburan di kalangan negara anggota RCEP. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori