Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Berita Viral Acappan Sudah...

HARI ini media sosial dikejutkan dengan berita bahawa pelawak Acappan sudah memeluk agama...

Imigresen Laksana Pengeluaran PMA...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan permohonan dan pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu telah...

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

Kuala Lumpur: Sejarah mungkin berulang apabila gelanggang keramat skuad Harimau Malaya iaitu Stadium...

“Cinta Saya Pada UMNO...

BONGAWAN - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membuat keputusan keluar UMNO...

“Man Jadda Wajada”

MAN JADDA WAJADA berasal dari Bahasa Arab مَنْ جَدَّ وَجَدَ yang kalau diertikan adalah siapa yang bersungguh maka ia akan menemukan atau siapa yang bersungguh-sungguh maka ia akan dapat.

Ungkapan ini merupakan sebahagian dari kata-kata mutiara atau kata-kata bijak yang diajarkan. Biasanya diajarkan dalam bentuk mahfudzot yang ertinya dalam menghafal. Dalam mahfudzot sendiri banyak ditemui kata-kata bijak yang diawali dengan kata “man” alias “siapa” atau “barang siapa.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah Yunus, 26)

Sesungguhnya ruang kebaikan, rezeki, ilmu, kebahagian, kekayaan dan pahala itu sangatlah luas. Tanpa usaha yang teliti dan bersungguh-sungguh maka seseorang itu tidak akan berjaya meraihnya.

Ibaratkan kalau tak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya!


Sabda Rasulullah saw: “Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit.” (HR. Abu Hanifah)

Akhir sekali lakukanlah sesuatu usaha itu dengan niat yang ikhlas, berprinsip dan bermaruah.

Sepertimana sabda Nabi saw: “Janganlah kamu menjadi orang yang “ikut-ikutan” dengan mengatakan “Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim kami pun akan berbuat zalim”. Tetapi teguhkanlah dirimu dengan berprinsip, “Kalau orang lain berbuat kebaikan kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan kami tidak akan melakukannya”.” (HR. Tirmidzi)

Ketahuilah saudara bahawa sesungguhnya ilmu itu adalah amal jariah dan sedekah. Ianya penyubur minda dan panduan kehidupan. Ia juga penyuluh jiwa dan merupakan cahaya yang meningkatkan iman dan taqwa. Ilmu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta dan dengan ilmu jua Allah tingkatkan kebijaksanaan kita. Carilah ilmu sebelum jasad berhijrah. Harap-harap ilmu boleh menjadi landasan ke Syurga! InshaAllah..

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori