Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Krisis PKR Sabah… Ramai...

KOTA KINABALU - Belum pun reda PKR terkejut dengan kehilangan Ahli Parlimen Penampang,...

Jururawat Ditahan Edar Dadah...

KUALA LUMPUR - Seorang jururawat persendirian ditahan polis di sekitar Wangsa Melawati, semalam...

TPM, KM Lawat Kompleks...

TEBEDU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri...

Dua Pelajar Kolej Nyaris...

SEREMBAN - Dua pelajar sebuah kolej swasta nyaris maut selepas hampir 10 minit...

Medan Selera Suria KLCC Tutup Operasi Selepas 22 Tahun

KUALA LUMPUR – Medan seleraRasa Food Arena di pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) menamatkan operasi sejak Rabu lalu.

Dalam satu notis pihak pengurusan memaklumkan operasi medan selera itu ditamatkan selepas 22 tahun beroperasi.

“Dengan dukacita kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021.

“Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” menurut notis itu.

Ternyata penutupan itu memberi kesan kepada pengunjung pusat beli-belah terkemuka ibu kota itu.

Malah medan selera di pusat beli-belah turut menjadi tumpuan pekerja di pelbagai syarikat dan agensi kerajaan berdekatan.


Ramai pengguna media sosial menzahirkan kesedihan terhadap pengumuman penutupan itu.

Ada netizen yang turut berkongsi kenangan menikmati pelbagai makanan di medan selera. yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah itu.

Kini pekerja vendor penyedia makanan giat menjalankan kerja mengemas kerusi, meja serta peralatan memasak di medan selera itu. – myMetro Online

Kategori