Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ramananaidu Didakwa Salah Guna...

ALOR SETAR : Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Warga Emas AS Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas warganegara Amerika Syarikat didakwa di Mahkamah Majistret...

Agong Isytihar Darurat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan...

Ayah Mangsa Rogol Jemput...

Seorang perogol mati dalam keadaan amat mengerikan, dibunuh oleh bapa kepada seorang gadis...

Melaka, Negeri Sembilan Beralih Fasa PPN Sabtu Ini – PM

KUALA LUMPUR – Melaka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), manakala Negeri Sembilan pula masuk ke Fasa 3 berkuat kuasa 4 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataannya hari ini berkata, keputusan itu dibuat pada Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.

Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.

“Selain itu, mesyuarat juga sebulat suara bersetuju agar Sidang Khas itu dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

“Jawatankuasa Khas ini bakal membabitkan wakil daripada parti pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah satu usaha kolektif untuk membabitkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti dirancang seiring dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Alhamdulillah, hari ini buat pertama kalinya selepas beberapa bulan, kadar purata kebolehjangkitan (R-naught) seluruh negara berada di bawah 1.0 dan saya yakin kita berada di landasan yang tepat ke arah pemulihan negara.


“Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80 peratus bagi populasi dewasa menjelang penghujung September ini.

“Saya percaya kadar vaksinasi 100 peratus akan dicapai akhir pada Oktober nanti, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri berkata, rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia juga perlu bersedia untuk hidup bersama Covid-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semata-mata.

“Saya menyambut baik saranan mengenai usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) seperti yang diumumkan KKM pada 1 September (semalam).

“Keluarga Malaysia perlu sedar, akhirnya kita terpaksa hidup bersama Covid-19 seperti yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Kredit: myMetro Online

Kategori