SAYA suka melihat keamanan politik yang ada sejak perlantikan PM-9, Datuk Seri Ismail Sabri (DSIS) selepas episod krisis politik kali kedua yang memaksa Yang Dipertuan Agong (YDPA) berkenan mengadap ahli-ahli parlimen untuk memastikan sebuah kerajaan baru boleh dibentuk.
Suhu politik nampaknya tenang. Cuma adalah bunyi-bunyi yang sayup kedengaran terutama DAP yang memalu gendang pertikaian berkaitan keabsahan kerajaan DSIS. Dalam soal ni kita serahkan kepada kebijaksanaan YDPA.
Betul ada penjelasan yang dibuat dalam warkah YDPA dalam proses mengabsahkan kerajaan di Dewan Rakyat tetapi warkah tersebut sebelum berlakunya proses mengadap kesemua 114 ahli-ahli parlimen kehadapan YDPA.
Kita serahkan kepada Duli YDPA untuk menitahkan apa saja kepada PM yang YDPA baru sahaja lantik dan tabalkan sebagai Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.
BUNYI KURANG ENAK
Saya tinggalkan bab keabsahan. Sekarang saya hanya mahu berkongsi berkaitan bunyi-bunyi yang kurang enak didengari oleh kita semua terutama dari kalangan orang-orang politik.
PPBM ada bunyinya. PAS ada bunyinya. Tetapi saya hairan jika UMNO pun masih ada bunyi yang tidak elok.
Sebelum ini kata nakkan PM dari UMNO. So dah dapat. Sepatutnya dah takde bunyi.Tetapi orang UMNO ni memang suka sangat berbunyi.
Soal lantikan itu ini. Kenapa tak lantik orang itu dan orang ini. KENAPA TAKDE menteri dari pengerusi perhubungan UMNO negeri ini dan itu.
So masih kuat bunyi. Masalahnya seolah orang umno lupa atau masih tak sedar pada pru14 lepas mereka kalah.
Mereka berada dalam kerajaan(semula) selepas Mahathir ranapkan kerajaan PH.So mereka sepatutnya tahu bahawa mereka tak mampu hendak tubuh kerajaan tanpa sokongan atau persefahaman atau perjanjian atau kerjasama dari parti-parti lain.
Mereka sedar atau tidak yang mereka hanya ada 42 kerusi parlimen dalam komponen BN.
PERKONGSIAN KUASA
Apakah mereka sedar bahawa mereka berada dlm situasi di mana istilah “Perkongsian Kuasa” itu harus dan perlu berlaku.
Kalau dulu PM nak lantik sapa dari parti mana dalam komponen memang takde masalah tetapi hari ni berbeza kerana untuk tubuh sebuah Kerajaan Malaysia sekarang ada 4 parti asas kepada kerajaan ini.Nama lagi Keluarga Malaysia.
Memang la kena dengar semua suara atau cadangan dari kawan-kawan atau rakan parti lain.Kena hormat cadangan dan pandangan rakan parti selain UMNO.
Ini tidak. Rumah siap pahat masih berbunyi. Dulu kita kata PPBM tak hormat UMNO.
Tapi hari ni kita plak melakukan benda yg sama untuk tidak hormat rakan parti lain dan mahukan semuanya menjadi milik kita walhal kerajaan ini adalah kerajaan bersama yang hanya PM nyer dari UMNO.
KELEBIHAN UNTUK UMNO
APA KELEBIHANNYA PM dari UMNO? Yer.. kelebihannya ialah wajah atau imej UMNO itu berada di atas. Maruah UMNO mencanak naik apabila seorang PM itu datang dari UMNO. Itu kelebihannya.
So gunakanlah kelebihan ini supaya UMNO boleh bangkit dan mendapat kepercayaan rakyat bahawa hanya menteri dari UMNO yang mampu dan ada kredibiliti untuk mentadbir negara.
Kerajaan yang ada adalah sebuah kerajaan yang hanya akan mengutamakan rakyat dan menangani pandemik kesihatan dan membina ekonomi rakyat yang teruk rosaknya.
Kerajaan ini perlu menumpukan permasalahan rakyat dan apabila semuanya kembali normal maka yakin dan percayalah bahawa PM DSIS akan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membina sebuah kerajaan yang jauh lebih kukuh dan kuat.So orang UMNO jangan la pertikaikan banyak sangat.
JANGAN SAMPAI MELOPONG
Guna peluang dan masa yang ada untuk mendapatkan keyakinan rakyat. Jangan banyak sangat bunyi nanti rakyat dengar pun benci dan nanti pru15 rakyat tak bagi undi kat kamu.
Masa tu melopong dan menangis dah takde guna.So hari ni bagilah peluang dan ruang yang seluasnya untuk Perdana Menteri UMNO memulihkan negara dan mewakili UMNO dalam memimpin seluruh kerajaan Keluarga Malaysia.
Semua parti dilibatkan. Semua pemimpin diajak sama untuk menuju kejayaan bersama rakyat.
Jadi tak elok lah kalau UMNO yang siang malam hanya mengkritik walhal PM tu dari UMNO.
Rakyat nak tenang sekarang. Rakyat dapat 500 dah kira besar.
Yang kamu dok berebut nak itu ini dan merajuk bila PM tak bagi tu semuanya pasal juta-juta dan ratus riban kan. So jangan la..SO SAMA-SAMA LAH JAGA PM KITA DAN BANTULAH PM KITA UNTUK KITA SAMA-SAMA BERJAYA DEMI KELUARGA MALAYSIA.
Nur Hanan Ishak
Ibu Penganggur