Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Zahiril Adzim Berhajat Tunai...

SELEPAS menunaikan umrah bersama isteri dan anaknya, pelakon Zahiril Adzim berkata dia kini...

Jenama Mak Cun Di...

NAMANYA terkenal dengan lakonan watak Mak Cun yang bersahaja. Disebabkan Mak Cun juga,...

Orang Ramai Diminta Kesan...

MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, seorang pengadu memohon orang ramai untuk mengesan sebuah...

Mayat Remaja Dipercayai Terjun...

TANAH MERAH - Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai terjun...

Pangkalan Data Mengandungi 4 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual

SHAH ALAM – Pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data yang terkenal.

Penjual untuk forum tersebut mendakwa ia mengandungi empat juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

Pangkalan data JPN itu disertakan dengan tanda harga 0.2 BTC bersamaan dengan harga sekitar RM35,495.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Adnan Mohd Shukor berkata, pangkalan data tersebut mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel.

Katanya, ia turut mengandungi gambar di dalam pangkalan data yang dikelompokkan mengikut tahun kelahiran bermula 1979 hingga 1998.

“Empat juta data peribadi rakyat Malaysia diiklan untuk jualan. Dikatakan data dari API myIDENTITY,”katanya dalam ciapan di Twitternya pada Isnin.


Pada Jun 2012, myIDENTITY mula dilaksanakan di 10 agensi kerajaan melibatkan JPN, LHDN, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MyIDENTITY merupakan sebuah platform perkongsian data nasional untuk sektor awam membolehkan agensi kerajaan mendapatkan maklumat peribadi seseorang dari repositori berpusat.

Pada Februari lalu, penjual sama telah menyenaraikan pangkalan data yang mengaku berasal dari platform e-dagang tempatan serta daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Sinar Harian bagaimanapun sedang mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut daripada agensi kerajaan terbabit. – Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori