Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anggota Tentera Didakwa Rogol,...

MELAKA – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Polis Kesan Sindiket Judi...

POKOK SENA - Polis hari ini memberi amaran keras kepada sindiket perjudian yang...

Welson Raih Emas Pecahkan...

KUALA LUMPUR – Perenang sensasi Malaysia Welson Sim meraih pingat emas sulung negara...

Sekitar 400 Sampel Akan...

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS)...

Pemuda Jumpa Tok Mat Bawa Mercedes Klasik

PETALING JAYA – Menjengah Facebook peminat kereta lama yang dikenali sebagai ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’, kita pasti teruja dengan gambar-gambar yang dikongsi pembacanya.

Terbaru, seorang lelaki telah terserempak sebuah kereta Mercedes klasik dan cuba mengejar serta merakam video kereta tersebut, apa yang berlaku amat mengejutkan.

Ternyata, kereta Mercedes klasik tersebut dipandu oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan atau turut dikenali sebagai Tok Mat yang cukup dihormati orang ramai.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan Tok Mat tersenyum apabila dirinya dirakam semasa beliau sedang memandu kereta klasik tersebut.

Video itu telah meraih perhatian ramai apabila mereka menyifatkan seorang kenamaan (VIP) memandu sendiri kereta tersebut dan bersiar-siar berseorangan.


Bagi Nasrul Hakim, sebelum Tok Mat terjun ke bidang politik, beliau adalah tokoh korporat berjaya yang telah memegang beberapa jawatan tertinggi di pelbagai syarikat korporat.

“Sebelum ini Tok Mat Ketua Pegawai Eksekutif kepada jenama kereta buatan Jerman, Mercedes-Benz.

“Waktu itu, beliau memegang jawatan tersebut di syarikat pengedar rasmi Mercedes-Benz terkemuka negara iaitu Cycle & Carriage,“ jelasnya. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori