Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Najib, Irwan Dibenar Ikat...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

PRN Sarawak: Tarikh Pengundian...

KUCHING : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi...

Isu 2 Pendakwah Disekat,...

KETIKA umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terkejut dengan tindakan Singapura menyekat...

PRN: DAP Masih Tunggu...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan...

Pencen Ahli Parlimen Jangkau RM100,000 Sebulan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan penubuhan jawatankuasa ahli parlimen untuk membicangkan isu pendapatan wakil rakyat termasuk soal Akta Pembiayaan Dana Politik.

Beliau mendedahkan, berdasarkan pengalaman menjadi seorang menteri, gaji untuk jawatan tersebut boleh mencecah RM55,000 selain berpeluang mendapat rumah yang agak mewah di Putrajaya selain sebidang tanah dan kemudahan seperti pemandu.

“Mereka juga mendapat AP (permit import) untuk membawa masuk kereta mewah dan elaun percutian mencecah RM100,000 bagi yang sudah berkahwin setiap tahun,” katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bukan itu sahaja, menteri yang sudah diberhentikan turut berpeluang mendapat gratuiti dengan ada yang mendapat manfaat lebih daripada RM1 juta kerana pengiraan mengikut tempoh masa berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Menyentuh soal pencen, Syed Saddiq berkata, pencen jawatan antaranya seperti senator, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, exco, Timbalan Perdana Menteri dan speaker tidak disatukan.

“Itu semua pencen berasingan. Kalau gabung boleh melangkaui RM100,000 sebulan jika seseorang itu pernah berkhidmat di banyak kedudukan yang berbeza.


“Sebab itu mungkin ramai anak muda di luar sana bertanya kenapa ada Ahli Parlimen yang tidak mahu bersara walaupun sudah berkhidmat puluhan tahun kerana realiti pengiraan pencen itu berbeza. Lagi lama berkhidmat lagi lagi tinggi pencen,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memahami ada dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang mengatakan mereka perlu mengeluarkan dana dari poket sendiri untuk membiayai kos pejabat dan petugas selain Ahli Parlimen kerajaan pula menyatakan perlu ada dana luar untuk membantu kawasan.

“Jadi mari adakan perbincangan yang jujur mengenai Akta Pembiayaan Dana Politik dan dengan itu kita bezakan gaji yang seseorang itu dapat dan pada masa yang sama apa yang perlu dibelanjakan kepada rakyat,” katanya. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori