Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ibu Kucing Rela Cedera...

JANGANKAN manusia, haiwan pun tahu sayangkan anak-anak dan sanggup bergadai nyawa demi mereka. Itulah...

LCS: Mindef Puas Hati,...

LUMUT - Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan status terkini proses pembinaan kapal tempur...

ATM Mula Tugas Bantu...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak bagi membantu Polis...

Polis Kesan Penipuan Pakej...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah...

Pesakit COVID-19 Guna Alat Bantuan Pernafasan Berkurangan

KUALA LUMPUR – Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan di hospital di negara ini menunjukkan trend penurunan sejak 9 Ogos lalu.

Menurut data yang dikemaskini menerusi portal COVIDNOW setakat jam 11.59 malam tadi, 651 kes memerlukan alat bantuan pernafasan mengikut purata tujuh hari, berbanding 921 kes seperti direkodkan pada 9 Ogos lalu.

Secara keseluruhan, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara adalah 49.9 peratus.

Berdasarkan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan mengikut negeri, Kedah paling tinggi apabila mencatatkan 74.5 peratus, diikuti Pulau Pinang dengan 74.4 peratus dan Perak (71.4 peratus).

Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di Putrajaya pula merekodkan 62.5 peratus, Pahang (61.9 peratus), Johor (56.7 peratus), Kelantan (56.7 peratus) dan Terengganu (51.9 peratus).

Melaka pula merekodkan kadar penggunaan 47.2 peratus. Manakala Sabah 44.7 peratus, diikuti Sarawak (44.6 peratus), Perlis (41.4 peratus), Kuala Lumpur (37.1 peratus), Selangor (36.7 peratus), Negeri Sembilan (27 peratus) dan Labuan (8.7 peratus).

Penggunaan wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan kadar 75.9 peratus.


Menurut data COVIDNOW, Pulau Pinang merekodkan kadar penggunaan ICU paling tinggi dengan 99.2 peratus, diiikuti Kedah (97.5 peratus), Putrajaya (90 peratus), Johor (87.3 peratus), Sarawak (87.1 peratus) dan Perak 83.1 peratus.

Selangor merekodkan 78.6 peratus kadar penggunaan wad ICU, disusuli Kuala Lumpur (75.4 peratus), Sabah (72.4 peratus), Terengganu (68.8 peratus), Pahang (68.5 peratus), Perlis (68.4 peratus) dan Kelantan (66.7 peratus).

Kadar penggunaan wad ICU di Melaka mencatatkan 56.2 peratus, Negeri Sembilan (40.9 peratus) dan Labuan (26.1 peratus).

Kredit: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori