Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan...

Bazir RM61.55 Juta Akibat...

KUALA LUMPUR - Terdapat pembaziran wang awam RM61.55 juta apabila dua marina yang...

Tindakan Jamal Hanya Raih...

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan tindakan...

Presiden Mesir Benar Sekat...

KAHERAH - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa...

PICK Remaja Bermula, Babitkan 3.2 Juta Orang

PUTRAJAYA – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi hari ini, dengan menyasarkan pembabitan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pelaksanaan PICK Remaja dilakukan melalui beberapa kaedah antaranya secara jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara.

“Remaja yang menerima suntikan vaksin Covid-19 perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga bagi menandatangani borang persetujuan terima vaksin,” katanya serta menambah remaja yang mempunyai masalah kesihatan akan diberi pengecualian daripada menerima suntikan vaksin.

Dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sempena Kick-Off PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) di sini hari ini, Khairy berkata, senarai PPV khas untuk remaja mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus akan diumumkan esok.

Khairy berkata, pelaksanaan PICK Remaja adalah penting sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada Oktober ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan serta mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah.

Pada 12 September lalu, Radzi mengumumkan sesi persekolahan akan dimulakan secara bersemuka mulai 3 Oktober ini mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

Khairy berkata statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 0 hingga 18 tahun di Malaysia adalah membimbangkan.

Menurutnya, terdapat peningkatan daripada 12,620 kes pada 2020 kepada 400,668 kes pada tahun ini iaitu setakat 16 September lalu dengan 256,569 kes daripada jumlah tersebut melibatkan murid sekolah dan 42,381 kanak-kanak prasekolah.

Khairy berkata, semua negeri yang mempunyai bekalan vaksin diberi kebenaran untuk memulakan PICK Remaja.


Beliau berkata PICK Remaja telah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 September dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 11 September selepas kadar vaksinasi di negeri dan wilayah tersebut mencapai 80 peratus.

PICK Remaja di Sabah pula dimulakan pada 16 September kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar, katanya.

Sehingga 16 September, katanya seramai 86,076 remaja telah diberikan dos pertama vaksin Covid-19 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

PICK Remaja dikelolakan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

CITF-A dalam kenyataan sebelum ini menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 pada November ini, dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Hari ini, seramai 323 pelajar SMK Putrajaya Presint 8(1) yang terdiri daripada 156 pelajar tingkatan empat dan 167 tingkatan lima menerima vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Turut hadir Dr Noor Azmi dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – BERNAMA

Kategori