PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mesyuarat pra-Kabinet pagi tadi.
Menurut Istana Negara, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri menerusi sidang video di Istana Negara.
“Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula pukul 9 pagi.
“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata Istana Negara. – UTUSAN ONLINE