Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ketua Cawangan UMNO &...

SANDAKAN - Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru di sini bersama dua cucunya rentung...

Pelan Tindakan Masyarakat India...

DENGKIL – Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) bukan sekadar khayalan atau omongan...

Tema Baju Tidur Meriahkan...

PASANGAN selebriti, pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah Raisuddin diraikan dalam sebuah...

Banjir: Proton Tawar Khidmat...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan...

“Ramai Meninggal, Semoga Ada Kesedaran”

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan jumlah kematian akibat Covid-19 susulan laporan kes tertunggak yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

KKM dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan kes kematian semalam mencatatkan sebanyak 346 termasuk kes tertunggak pada Mei (satu), Jun (satu), Julai (83), Ogos (83) dan September (208).

Daripada jumlah keseluruhan itu juga, dilaporkan sebanyak 105 kes ialah meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata rakyat meluahkan rasa bimbang kerana kes kematian yang dicatatkan sebenarnya masih tinggi selain turut menggesa kerajaan melakukan sesuatu bagi menangani masalah itu.

“Kenapa jumlah kes kematian tak dilaporkan dalam format terkini dan terlalu banyak kes kematian back log, bererti kerajaan dahulu menipu atau kerajaan sekarang menipu?” soal Azmmi.


“Kenapa perlu tambah kes kematian tertunggak dari bulan-bulan lepas? Kita nak tahu yang latest sahaja,” kata MatMin.

“Apa lah nasib Malaysia, makin ramai yang meninggal. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab sedar,” kata Kyo Crah.

“Kenapa banyak sangat tertunggak dari Mei. Adakah KKM berahsia data kematian sebelum ini? Rasanya KKM tengah usaha clearkan backlog dalam satu bulan ini,” kata Hasrul. – K! ONLINE

Kategori