Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Alih Kayu Bawah...

PASIR MAS : "Saya diberitahu, arwah turun untuk mengangkat kayu daripada dihanyutkan arus...

Bas Rapid KL Terbakar,...

PETALING JAYA: Sebuah bas Rapid KL yang membawa lapan penumpang berdepan detik mencemaskan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir lumpur dan tanah runtuh di Kundasang pagi...

Gangguan Bekalan Air 76...

GEORGE TOWN - Sebanyak 76 kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Butterworth...

RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021 Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli-ahli Parlimen 2021 tersenarai sebagai perkara ke-15 dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.

Notis usul RUU itu dikemukakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerajaan bersetuju membentangkan usul anti lompat parti yang dibawa Azalina di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Sementara itu, menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, soalan mengenai kemalangan jalan raya akibat tindakan melawan arus, kedudukan Malaysia dalam senarai Indeks Keselamatan Makanan Global dan dasar ekuiti syarikat penghantar fret disenarai dalam Waktu Pertanyaan Menteri (MQT).

Syed Ibrahim Syed Noh (PH- Ledang) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan secara terperinci data dan statistik kemalangan jalan raya membabitkan kesalahan pemanduan lawan arus dari Januari 2021 sehingga kini, selain faktor penyumbang terhadap kesalahan dan kemalangan yang berlaku serta langkah-langkah membendungnya.

Dalam sesi yang sama, Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) bertanyakan kepada Menteri Kewangan mengenai kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula dasar ekuiti untuk syarikat penghantar fret yang sedang beroperasi memandangkan syarat ekuiti sedia ada sukar untuk dilaksanakan.

Untuk soalan ketiga MQT, Wong Hon Wai (PH- Bukit Bendera) meminta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan sebab kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global jatuh dari tangga 28 (2019) ke- 43 (2020) dan inisiatif kementerian memperbaiki keselamatan makanan dan harga makanan lebih murah untuk kebajikan penduduk Malaysia.

Bagi soalan lisan, antara soalan yang dibangkitkan adalah mengenai peratusan isu rumah Orang Asli yang berada di bawah pendapatan garis kemiskinan di kawasan penempatan mereka mengikut negeri dan usaha Kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup kumpulan itu.


Soalan itu dikemukakan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah yang diambil memastikan bahawa Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan 2019) sudah dipatuhi oleh syarikat di sektor pembuatan dan pembinaan.

Dalam sesi yang sama, Datuk Dr A Xavier Jayakumar (BEBAS- Kuala Langat ) menanyakan soalan mengenai langkah yang diambil untuk mengatasi kekurangan pakar perubatan di hospital kerajaan serta tindakan yang diambil untuk menilai serta menyerap pakar perubatan yang sedang bekerja sebagai pekerja kontrak di hospital.

Sesi perbahasan tertumpu kepada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membahaskan RMK-12 itu pada jam 12 tengah hari.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, perbahasan itu bermula hari ini hingga 4 Oktober, sebelum penggulungan oleh menteri berkaitan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori