Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Piala Asia: Malaysia Tumpas...

BURIRAM – Kempen Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 seakan sudah hampir...

Perjalanan Nicol Terhenti Di...

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal meneruskan kemaraan pada Kejohanan...

Feri Sedang Dibaiki Terbakar...

LANGKAWI - Sebuah lagi feri penumpang yang sedang dibaiki terbakar di sini hari...

Sultan Muhammad V Sayangi...

BACHOK - Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong...

“Saya Ubah Fikiran, Bukan Ditekan” – Azhar

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menafikan ditekan pihak tertentu sehingga mengubah fikiran untuk tidak memberi laluan kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mempengerusikan sidang Dewan Rakyat petang semalam.

Mengakui memberi surat kepada Kor Ming bagi mempengerusikan mesyuarat sesi petang itu, Azhar menjelaskan mengubah fikiran pada saat akhir.

“Saya memang ada bagi surat kepada Yang Berhormat Teluk Intan (Kor Ming) selepas beliau bersedia menerima permintaan saya, namun saya menukar fikiran pada saat akhir.

“Sememangnya prosiding itu sah sebab saya balik semula untuk mempengerusikan mesyuarat. Saya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk mengubah fikiran. Saya cuma menggunakan kuasa saya untuk mengubah fikiran,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab persoalan dibangkitkan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) yang bertanya sama ada benar dakwaan Azhar dipengaruhi seorang menteri kanan sehingga terpaksa membatalkan permintaan memberi ruang kepada Kor Ming mempengerusikan mesyuarat itu.

Jawapan Azhar itu membangkitkan sedikit kekecohan di Dewan membabitkan Ahli Parlimen pembangkang yang terus mendesaknya untuk memberikan nama menteri kanan berkenaan.


“Cukuplah, saya sudah beritahu. Tolong duduk, saya mahu sambung dengan perbahasan,” katanya.

Semalam, media melaporkan Azhar menjemput Kor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mempengerusikan sidang parlimen namun dikatakan dihalang seorang menteri kanan yang tidak dinamakan.

Azhar sebelum ini turut menjemput Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, seorang lagi bekas Timbalan Speaker, untuk mempengerusikan sidang parlimen pada minggu lalu.

Dalam sesi soal jawab pagi tadi, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) turut bangkit mempersoalkan siapa menteri kanan yang didakwa menghalang Kor Ming mempengerusikan persidangan petang semalam. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori