Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

RM50 Ni Duit Terakhir...

WALAUPUN bergaji kecil dan hanya sekadar cukup-cukup makan namun keberkatan yang diperolehi dari...

Raja Perlis Berkenan Anugerah...

KUALA PERLIS – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan 50...

Gemuruh Namun Terharu Dengan...

TOKYO - “Saya gemuruh sebenarnya memasak untuk Raja Permaisuri Agong kerana nama baginda...

Wanita Hina Islam Dibebas...

ISLAMABAD - Seorang wanita Pakistan beragama Kristian dibebaskan dari penjara seminggu selepas Mahkamah...

Segerakan Bantuan Yang Telah Diumumkan – PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa semua bantuan yang telah diumumkan kerajaan perlu disalurkan dengan segera kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Kabinet pertama yang diadakan pagi tadi.

“Antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan Covid-19 di negara kita untuk semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

“Saya turut mengingatkan para Menteri Kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari,” katanya dalam satu entri di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.


“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri. – K! ONLINE

Kategori