Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Iran Gesa Perancis Beri...

TEHRAN: Iran hari ini menggesa Perancis supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan selain bertindak...

Malindo Air, All Nippon...

KUALA LUMPUR – Malindo Air telah berkerjasama dengan All Nippon Airways (ANA), satu-satunya...

Agihan Kerusi Dun PH...

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata agihan kerusi...

5 Lagi ADUN Angkat...

IPOH - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan mengangkat sumpah jawatan sebagai...

Sekatan Jalan Raya Di Putrajaya Ditamatkan

PUTRAJAYA – Sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditamatkan 12 tengah malam tadi selepas beroperasi selama sembilan bulan sejak 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, walaupun SJR ditamatkan namun orang awam diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata, operasi pematuhan akan dipergiatkan dengan penambahan anggota untuk memastikan orang awam memasuki Putrajaya patuh SOP sama ada bagi tujuan riadah atau pelancongan domestik.

Penamatan SJR itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung rentas daerah dibenarkan di Lembah Klang, membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan memaklumkan dua SJR ditutup iaitu di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram di bawah laluan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Bagaimanapun, katanya empat lokasi SJR dikekalkan iaitu di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang. – BERNAMA

Kategori