Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Guru, Pelajar Dirotan Akhirnya...

JOHOR BAHRU - Pertemuan antara keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kejadian...

Remy Ishak Mengaku Alami...

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau...

Lelaki Derita Ketumbuhan Sebesar...

SELEPAS 35 tahun menderita akibat ketumbuhan di kepalanya, akhirnya Sutat Meesati menemui sinar...

Emma Maembong Tak Kisah...

AKTRES Emma Maembong tidak ambil hati sekiranya lakonannya dikritik, malah tindakan itu dialu-alukan. Menurut Emma,...

‘Sittah Annur’ Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Hari Ini

KUALA LUMPUR – Wanita mendakwa Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang ditahan di rumahnya di Shah Alam, Selangor 4 Disember lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya sedang menunggu laporan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan kes terbabit.

“Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, sementara menunggu laporan Jakim atas arahan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dihubungi.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran ‘Sittah Annur’ yang dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa, kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan dia akan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita berusia 39 tahun itu mendakwa dia mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.


Terdahulu, media melaporkan, serbuan di rumah wanita itu membawa kepada penemuan resit berjumlah RM84,721, dipercayai hasil sumbangan pengikutnya.

Resit itu dirampas bagi membantu siasatan selepas suspek ditahan di rumahnya jam 1.10 pagi, 4 Disember lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 masing-masing kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – myMetro Online

Kategori