Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Soal Pemilikan Rumah Akan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan...

Lelaki Rotan, Dera Anjing...

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki merotan anjing peliharaannya seperti yang ditularkan...

Capaian Sistem e-Pharmacist Bermasalah...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan menutup sementara capaian kepada sistem e-Pharmacist bagi...

Penggunaan Katil ICU Cecah...

KUALA LUMPUR - Sistem kesihatan negara berhadapan tekanan besar termasuk penggunaan katil unit...

Strategi Pacu Perubahan Pasaran Buruh – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa pendekatan jangka pendek dan panjang perlu dirangka bagi memacu perubahan pasaran buruh.

Perdana Menteri berkata, usaha merintis perkembangan pasaran buruh supaya aktif dan terangkum harus meliputi langkah meneliti semula strategi sedia ada.

Katanya, percaturan sedemikian penting kerana strategi ialah ‘nadi’ di sebalik sebarang inisiatif yang berupaya mewujudkan perlindungan keselamatan sosial.

“Justeru, amat penting untuk aktiviti seperti bantuan mencari pekerjaan, pengurusan kurang upaya, program keusahawanan, pendidikan vokasional dan latihan dikembangkan serta diperluaskan ke segenap golongan sasar.

“Pembabitan setiap peringkat komuniti, termasuk majikan, pekerja dan pencari kerjaya, graduan serta belia adalah amat diperlukan dalam kita mengharungi krisis kesihatan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

“Oleh itu, setiap pihak harus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing serta berada dalam kebersamaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 202 yang berlangsung secara maya, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.


Ismail Sabri berkata, ‘Keluarga Malaysia’ adalah cerminan kepada semangat negara ini untuk terus memberikan penekanan terhadap agenda pembangunan nasional dan memastikan kebajikan rakyat.

“Bagi meningkatkan peluang supaya rakyat kekal produktif dan berupaya menjana pendapatan, kerajaan sudah serta akan terus menyediakan bantuan sewajarnya.

“Ia antara lain merangkumi aspek kewangan, peluang pekerjaan atau insentif latihan untuk memastikan tiada yang tercicir apabila kita merangka pelan pasca krisis secara selamat.

“Saya bertekad bahawa usaha pemulihan negara daripada pandemik COVID-19 akan meliputi segenap aspek dan dibuat secara terangkum.

“COVID-19 memberikan pengajaran yang amat bermakna kepada kita semua, justeru buat pertama kalinya, rakyat Malaysia cuba untuk meneruskan kehidupan bersandarkan norma baharu.

“Ingatlah bahawa kesusahan tidak akan berpanjangan, tetapi individu yang kuat akan terus cekal,” katanya. – BH Online

Kategori