Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini,...

Kes Seleweng Skim Baja...

MELAKA - Seorang pemandu lori yang menjadi suspek kelima kes penyelewengan Skim Baja...

Lesen Qistina Express Digantung...

KUALA LUMPUR - Lesen serta 26 permit bas yang dipegang syarikat Qistna Express...

Pelajar Terbabit Jenayah Di...

ALOR SETAR - Polis Kota Setar meningkatkan kerjasama dengan pengurusan sekolah di daerah...

Tiada Arahan Warga Emas Kembalikan Lesen Memandu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan arahan yang mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu kenderaan mereka.

Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia bukan pendirian kementerian dan tidak berhasrat menukar akta sedia ada berhubung perkara terbabit.

“Ini bukan pendirian MOT dan kita tidak berhajat untuk menukar (syarat) kerana kecekapan bukan berdasarkan faktor umur dan kita lihat banyak faktor lain yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.

“Kecekapan (pemanduan) adalah berlainan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau boleh memandu jauh lebih baik berbanding individu biasa. Sebab itu tidak boleh ada diskriminasi terhadap individu berusia lebih 70 tahun,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu kemalangan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta syor berkaitan syarat khas lesen memanduu warga emas. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori