Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jururawat Ini Masih Bertarung...

SUSULAN insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru...

Mukhriz Dituntut Mohon Maaf...

JOHOR BAHRU - Kelakuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang...

‘Isu Sanusi Belum Selesai’...

KUALA LUMPUR : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah kenyataan yang dikeluarkan...

Ada Sesuatu Tidak Kena...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata proses pengendalian sampel air kencing atlet...

Tiada Kebocoran Data Dalam JPN – Hamzah

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, ini kerana sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi.

“Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin.

“Jadi jangan bimbang mengenai data yang dipegang oleh JPN, kementerian saya akan memastikan semua agensi selepas ini yang menggunakan data MyIdentiti daripada JPN segera mengambil langkah yang ketat,” katanya dalam sidang media khas penyerahan watikah pelantikan Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu penjualan data maklumat rakyat Malaysia yang tular di sebuah forum baru-baru ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori