Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isteri Bekas Atase Kedutaan...

SEPANG - Isteri bekas Penasihat Pertahanan di Kedutaan Turki di Malaysia dihukum denda...

Koroner: Polis Salah Guna...

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan bahawa polis bukannya membalas tembakan untuk...

UTC Perlis Muncul Pertama...

KANGAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat...

KSTP Bakal Wujud 23,000...

ALOR SETAR - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri...

UMNO Gesa Siasatan Kes Kematian Adib Diteruskan

PUTRAJAYA – UMNO menggesa siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan sehingga kebenaran dapat dirungkai.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata partinya tidak pernah melupakan kes kematian anggota bomba berkenaan serta menuntut supaya keadilan dapat ditegakkan.

“Kenyataan seorang menteri baru-baru ini bahawa kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu amat mendukacitakan.

“UMNO berpegang kepada keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 berhubung inkues kematian anggota bomba berkenaan.

“Kematian Muhammad Adib selepas insiden rusuhan pada 27 November 2018 adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UMNO sentiasa memerhati rapat perkembangan kes berkenaan selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan akan meneruskan siasatan kes itu.

“Sejak itu, UMNO percaya pihak berkuasa perlu diberi masa dan ruang untuk melaksanakan siasatan mereka bagi mencari kebenaran,” katanya.


Sabtu lalu, media melaporkan kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori