Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Heret’ Anak Murid Semai...

KUANTAN – Gelagat seorang pemuda yang bersorak penuh semangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang...

Shereen Raih Emas Di...

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila...

Jersi Baru PQP TRW...

EMPAT jersi pasukan Kelantan jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang bakal dilancarkan khabarnya...

Jamal Buat Kejutan, Bawa...

TERKEJUT juga dibuat pada mulanya namun setelah dilihat dari dekat, barulah dapat diperhatikan...

Vaksinasi Pelajar Sekolah Bermula 20 September

KUALA LUMPUR – Sekolah yang mempunyai kurang daripada 1,000 pelajar, akan disatukan dengan empat atau lima sekolah lain bagi memastikan program vaksinasi kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun berjalan lancar.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata langkah itu sebagai persediaan terutama bagi sekolah di kawasan luar bandar supaya 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), berkata program yang akan bermula secara besar-besaran mulai Isnin depan (20 September) akan dibuat terus di sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar.

“Tujuan empat atau lima sekolah dikumpulkan sekali adalah kerana kita mahu ada 1,000 pelajar supaya program vaksinasi dapat dilakukan dengan cepat pada satu tempat.

“Bagaimanapun bagi pelajar yang terlepas tarikh atau tidak dapat hadir pada temujanji diberi, mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin di klinik swasta supaya mereka tidak ketinggalan program,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan minggu penyusuan susu ibu sedunia peringkat pusat laktasi kebangsaan 2021 di Auditorium Utama, Hospital Tunku Azizah di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, pelancaran vaksinasi akan dibuat di Presint 18 (Putrajaya) dijangka berlangsung dalam masa tiga bulan ini bagi membolehkan 3.2 juta kanak-kanak memperoleh perlindungan vaksin di mana 1.1 juta daripadanya adalah kalangan yang berusia 16 dan 17 tahun.

“Kita berharap dapat mencapai 60 peratus daripada kumpulan usia ini mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos dan sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula iaitu mencapai 80 peratus menerima suntikan lengkap.

“Bagi negeri ada kemampuan dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka akan teruskan dan KKM membuat pemantauan dari masa ke masa,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai sesi pembukaan sekolah pada 3 Oktober ini, KKM bersama Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pihak yang terbabit dengan sekolah sudah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19.

“Syarat ini bagi memastikan keselamatan pelajar yang kembali ke sekolah dan ada antara mereka yang baru mendapat dos pertama selamat.

“Ini kerana kita mahu persekitaran atau ekosistem sekolah selamat, jadisemua yang terbabit iaitu guru, kakitangan, pengendali kantin, pengawal keselamatan dan sebagainya mesti sudah menerima suntikan lengkap sebelum memulakan tugas,” katanya.

Pada Rabu lalu, KKM mengumumkan pihaknya membangunkan portal pendaftaran institusi pendidikan, Portal Vaksin-Anak-Ku sebagai langkah awal dalam pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja dengan keutamaan mereka berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam serta remaja dengan komorbid.

“Bagi golongan kanak-kanak rentas, KKM akan menggerakkan pasukan jangkau luar (outreach) yang berbeza dengan murid yang kebanyakan dibuat di sekolah, klinik swasta,” katanya.

Katanya, pada ketika ini, hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sementara Sinovac sedang ditunggu kelulusan.

Ini kerana katanya, hanya dua jenis vaksin itu didapati sesuai untuk diberikan pada golongan kanak-kanak berikutan data mengenai kesan sampingan yang rendah. – BH Online

Kategori