Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Jerman Ganggu Kru...

SEPANG - Seorang lelaki warga Jerman dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah...

DAP Kesal Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP tidak berpuas hati dengan tindakan tatatertib yang...

Pengarah Mahu Buat Filem...

PENGARAH terkenal Indonesia, Joko Anwar mendedahkan dia bakal membuat filem mengenai isu jerebu yang...

Konvoi Amal Merdeka 1WP...

PUTRAJAYA - Seramai 150 peserta yang terdiri daripada anak muda dari Wilayah Persekutuan...

Wanita Rugi RM53,000 Diperdaya ‘Pegawai LHDN’, ‘Polis’

KEPALA BATAS – Seorang pekerja swasta kerugian RM53,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menghubunginya dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai atas syarikat miliknya, Jumaat lalu.

Wanita berusia 40 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan cukai RM32,800 atas syarikat didaftarkan atas namanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa menafikannya dan panggilan itu kemudian disambung kepada seorang lelaki yang mendakwa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“Pegawai polis berkenaan mendakwa memaklumkan butiran peribadi mangsa digunakan pihak lain dan meminta mangsa membuat bayaran bagi memboleh siasatan dijalankan.

“Mangsa yang panik telah mengikut arahan (pegawai polis) supaya tidak memberitahu sesiapa berhubung perkara itu dan membuat bayaran RM53,000 ke tiga akaun diberikan suspek, kononnya untuk menyelesaikan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan perkara tersebut kepada rakannya dan gagal menghubungi suspek pegawai polis tersebut, sebelum membuat laporan polis semalam.

Katanya, siasatan sedang dijalankan, termasuk mengesan pemilik tiga akaun yang digunakan sindiket itu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – FMT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori