Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

3 Pemain Badminton Negara...

USAH terkejut pemain beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan...

BN Perlis Tampil 10...

KANGAR - Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan 10 muka baharu daripada keseluruhan 18...

Rekod 100M Zaidatul Belum...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih...

Pos Laju Makin Popular,...

KUALA LUMPUR - Ketika era surat sudah dianggap ketinggalan zaman apabila digantikan dengan...

Wei Lun Rangkul Pingat Perak

KUALA LUMPUR – Hasrat atlet boccia negara, Chew Wei Lun untuk terus melakar kejutan di Paralimpik Tokyo sekali gus menghadiahkan pingat emas nampaknya tidak kesampaian apabila dia tewas 2-4 pada aksi final perseorangan campuran lelaki BC1 kepada jaguh dari Britain yang menduduki ranking pertama dunia, David Smith, hari ini.

Bagaimanapun prestasi Wei Lun secara keseluruhannya wajar diberikan pujian selepas tidak diletakkan sandaran terlalu tinggi sehingga berjaya mara ke penentuan pingat emas.

Atlet yang mendapat gelaran ‘silent killer’ oleh ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin itu bermula baik apabila mengakhiri end 1 dengan meraih dua mata namun Smith meraih empat mata di 3 end seterusnya pada saingan di Pusat Gimnastik Ariake itu.

Faktor pengalaman nyata memihak kepada Smith yang bukan calang-calang lawan kerana pernah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik 2008 dan lima tahun lalu di Rio.

Sedangkan ini adalah penampilan kali pertama Wei Lun di pentas Paralimpik Tokyo dan menduduki ranking ke-11 dunia.

Kejayaan Wei Lun juga sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara selepas pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik semula semalam.


Wei Lun cemerlang sejak hari pertama lagi sebelum mengungguli peringkat Kumpulan B dengan memenangi kesemua empat perlawanan.

Dalam laluannya di peringkat kumpulan, Wei Lun mengejutkan pemain nombor dua dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit.

Wei Lun kemudian menang bergaya ke atas pemain kelapan dunia dari Korea Selatan, Jung Sungjoon selain menewaskan pemenang pingat perak temasya London 2012, Zhang Qi di suku akhir.

Pingat gangsa menjadi milik Jose Carlos Chagas de Oliviera dari Brazil. – BERNAMA

Kategori