Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Akaun Peribadi Facebook Si...

WASHINGTON DC – Pihak pengurusan laman sosial popular Facebook akan membekukan akaun penggunanya...

Elak Berurusan Dengan Agensi...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan bakal...

2 Lelaki Ditahan Curi...

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki mencuri...

Ajak Shiro Jadi Ultraman,...

SIKAP prihatin pelawak Ajak Shiro terhadap seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser darah,...

103 Kematian Akibat Covid-19 Dilaporkan

PUTRAJAYA – Negara kembali mencatatkan kes kematian Covid-19 melepasi 100 dengan 103 kes, demikian data dipaparkan pada laman web CovidNow.

Berdasarkan maklumat dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, tiada kematian sebenar dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam dengan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 sebanyak 27,525 kes.

“Terdapat 26 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,556 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (26), Johor (15), Sabah (13), Selangor (13), Kelantan (11), Perak (9), Pulau Pinang (7), Kedah (6), Negeri Sembilan (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1) manakala tiada kematian Covid-19 di Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, kes aktif semakin berkurangan dengan 108,997 kes melibatkan 85,383 kes kuarantin di rumah, 15,387 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,505 di hospital, 336 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 386 di ICU memerlukan bantuan pernafasan.


Sementara itu, daripada 7,276 harian yang dilaporkan semalam, dua negeri catat kes melepasi 1,000 iaitu Selangor (1,302 kes) dan Kelantan (1,028 kes) manakala, kes tiga digit ialah Sarawak (834 kes), Sabah (707 kes), Johor (665 kes), Kedah (517 kes) dan Terengganu (420).

Seterusnya, Pulau Pinang (406 kes), Pahang (384 kes), Perak (336 kes), Kuala Lumpur (253 kes), Melaka (195) dan Negeri Sembilan (138 kes) serta kes dua dan satu digit ialah Perlis (57 kes), Putrajaya (32 kes) dan Labuan (dua kes). – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori