Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Melaka Lapor Polis...

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka hari ini membuat satu laporan polis tentang satu...

Langkah Tepat Lantik Najib...

KUALA LUMPUR - Keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib...

Ebit Lew Hantar 10...

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas...

Mayat Dipercayai Salah Seorang...

GUA MUSANG - Mayat seorang budak perempuan ditemui reput dalam Sungai Perias, kira-kira...

88 Peratus Populasi Dewasa Divaksinasi Sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal kira-kira 2.2 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.4 peratus atau 22,098,764 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 114,124 atau 3.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 221,812 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 126,433 dos pertama dan 95,379 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,573, 891 dos.


PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,759. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori