Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Siapa Pemain Terbaik Fifa...

HARRY Kane dan Mohamed Salah, kedua-duanya bersaing untuk memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik...

Sebab Bengang, Gadis Curah...

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan...

Lelaki Amuk, Ugut Isteri...

KLUANG - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti...

Singapura Akan Sertai Pakatan...

SINGAPURA - Singapura akan terus mengambil bahagian dalam inisiatif integrasi perdagangan serantau lain...

90.6 Peratus Populasi Dewasa Kini Lengkap Divaksin

KUALA LUMPUR – Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (12 Oktober).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,044,734 dos bagi golongan dewasa.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori