Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air...

Tonto Sindiket ‘Sial’ –...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu tonto yang mengakibatkan kematian...

Strategi “Cloud First” Diperkenal...

PUTRAJAYA - Strategi "Cloud First" atau Pengkomputeran Awan Pertama akan diperkenalkan dalam agenda...

PAS Tentu Sendiri Bubar...

KUALA PILAH : PAS akan menentukan sendiri mengenai tarikh bersesuaian untuk membubarkan Dewan...

92 Kes Kematian Covid-19 Dilaporkan

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 menghampiri 100 dengan 92 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes di seluruh negara sebanyak 28,492 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kumulatif BID sebanyak 5,751 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Johor (20), Pulau Pinang (14), Sarawak (14), Kelantan (12), Perak (8), Sabah (8), Selangor (4), Negeri Sembilan (3), Kuala Lumpur (3), Kedah (2), Terengganu (2) dan Melaka (1) serta tiada kematian di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 73,223 kes aktif melibatkan 56,634 kes dikuarantin di rumah, 9,753 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,234 kes di hospital, 302 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 300 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Daripada 4,782 kes harian semalam, ia disumbangkan oleh Selangor (756 kes), Kelantan (596 kes), Johor (504 kes), Sarawak (493 kes), Sabah (450 kes), Kedah (333 kes), Terengganu (298 kes), Perak (294 kes), Pulau Pinang (271 kes), Pahang (256 kes), Melaka (177 kes), Kuala Lumpur (176 kes), Negeri Sembilan (145 kes), Perlis (20 kes) dan Putrajaya (13 kes) serta tiada kes baharu di Labuan. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori