Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nafi Kenyataan Ada Kaitan...

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum...

Equanimity: Helah Tun M...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan LowĀ Taek Jho atau Jho Low yang melarikan diri...

Trend Micro Minta Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Trend Micro, penggiat global dalam keselamatan siber, hari ini menggesa...

Aiman Tidak Serik Berlakon,...

PENYANYI baru meningkat naik, Aiman Tino mengakui tidak serik untuk terus menimba ilmu...

Agihan Kerusi, Kerjasama Parti Dalam Mesyuarat MKT Akan Datang

KUALA LUMPUR – Agihan kerusi dan kerjasama UMNO dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam satu lagi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, banyak perkara dibincangkan mengenai PRN Melaka, namun akan ada satu lagi mesyuarat mengenainya yang membincangkannya secara lebih lengkap.

Menurutnya, ia bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun UMNO sudah mengarahkan jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi PRN itu.

“Perkara itu akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

“Ketika mesyuarat Biro Politik petang tadi (semalam), ada pembentangan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka dan pada mesyuarat MKT ini, saya juga ada bentangkan mengenainya.


“Tapi yang ingin saya nyatakan ialah kita membuat persiapan di semua peringkat bagi memenangi PRN ini,” katanya.

Menurutnya, MKT turut mengesahkan pengguguran keahlian terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang sebelum itu adalah ahli di Bahagian Tangga Batu, Melaka.

Katanya, MKT turut menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan berhubung penubuhan jawatankuasa khas siasatan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, semakan semula kes Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori