Agong, Permaisuri Selamat Tiba Di Tanah Air

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di tanah air dari United Kingdom hari ini.

Pesawat khas yang turut membawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan jam 3.45 petang tadi.
Baginda berdua pulang selepas mengadakan lawatan khas ke UK serta beristirehat di London bermula 17 September lalu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, sebelum ini berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri berkenan menjalani kuarantin kendiri seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan sekembalinya ke tanah air. – Astro AWANI

Related Posts

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.