Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dijel 4 Bulan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengugut ibunya dengan berkata 'you diam aku bunuh kau’,...

Pemuda Maut Ditembak Di...

KINABATANGAN - Seorang lelaki maut ditembak dari arah belakang ketika berehat di bawah...

Perkhidmatan Rapid KL Monorail...

KUALA LUMPUR -- Perkhidmatan Rapid KL Monorail beroperasi semula sepenuhnya pada jam 4 petang...

Sekolah Agama ‘Hotel’ Pendatang...

Seremban - Satu unit dewan orang ramai dan bangunan sekolah agama yang tidak...

Ahli Bersatu Hina Pemain India

KUALA LUMPUR – Dunia media sosial negara kecoh hari ini dengan kenyataan dibuat oleh seseorang didakwa ahli Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dari Kelantan yang menggunakan istilah ‘Keling’ dan estet ke atas pemain badminton negara, Kisona Selvaduray.

(Pembaca Mynewshub dijemput mengikuti channel Telegram kami di sini)

Pengguna media sosial dengan nama Borhan Che Rahim mengeluarkan kenyataan berikut di akaun Facebook miliknya:

“BAM kutip India (keling) dlm estet mana la jd pmain utama MALAYSIA.”

Mynewshub

Kenyataan itu mengundang kemarahan banyak pihak termasuk MIC yang dikenali ‘penjilat tegar’ Bersatu.

Sehubungan itu, Pemuda MIC Kebangsaan mengeluarkan kenyataan akan membuat laporan polis.

Kata-kata berbaur perkauman itu mendapat kritikan banyak pihak termasuk netizen yang menyifatkan kenyataan ahli Bersatu berkenaan sangat buruk dan tidak boleh dimaafkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengkritik perbuatan itu namun dipandang agak sinis oleh masyarakat kerana Azumu juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu, yakni parti yang disertai oleh Borhan.


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga mengutuk sekeras-kerasnya komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap Kisona.

“Komen seperti ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan kami menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak masuk akal ini.

“BAM akan terus berjuang untuk menghapuskan unsur perkauman dalam sukan terutama sukan badminton. Kami terus menyokong semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” kata BAM dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menjelang lewat petang, Borhan mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataan menghina yang dibuatnya.

Dia juga memberitahu meletak jawatan sebagai Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh. – Mynewshub.TV

Mynewshub

Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori