Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bermagnitud 4.0 Gegar...

KOTA KINABALU - Gempa bumi bermagnitud 4.0 skala Richter menggegarkan kawasan sekitar Gunung...

Saudi Tahan Imam Mahdi...

MAKKAH - Indonesia berharap jemaah umrah negara itu yang ditahan akan dibebaskan tidak...

Tragedi!! Dua Lelaki Maut,...

KUANTAN - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas PROTON Satria...

Selangor Hanya Import Sisa...

SHAH ALAM – ​​​​​​Kerajaan Selangor tidak berhasrat menghentikan sepenuhnya pengimportan sisa plastik untuk...

Anak Mat Sabu Bebas Dakwaan Penyalahgunaan Dadah

KUALA LUMPUR – Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.

Terdahulu, Sequerah dalam penghakimannya berkata, perayu dalam kes ini mempunyai hak untuk sampel ujian air kencingnya diambil sebanyak dua kali.

“Tindakan mengambil hanya satu ujian air kencing mendedahkan sampel kepada risiko untuk dicemari.

“Mahkamah mendapati kegagalan pihak polis untuk mematuhi garis panduan dengan tidak mengambil dua sampel air kencing menyebabkan sabitan menjadi cacat,” katanya.

Sequerah berkata, Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) F103 memerlukan dua botol plastik kosong dan bersih untuk mengumpul air kencing daripada suspek yang disyaki menyalahgunakan dadah.

“Suspek perlu diberi pilihan untuk memilih dua botol berkenaan, salah satu botol adalah bagi tujuan saringan oleh pihak polis manakala sampel kedua perlu dihantar ke hospital untuk pengesahan selepas botol pertama disahkan positif dadah.

“Botol kedua perlu ditutup dengan kemas dan selamat. Garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bil 6/2002 memerlukan sekurang-kurangnya 30 mililiter sampel air kencing diambil dalam satu botol dan saringan serta pengesahan dilakukan di dua lokasi berbeza,” katanya.

Sebelum ini, peguam Datuk Nicholas Kow yang mewakili Ahmad Saiful berhujah dalam kes itu, polis hanya mengambil satu sampel air kencing anak guamnya dan proses pengambilan sampel tersebut tidak mengikut peraturan serta terdapat percanggahan antara keterangan saksi pendakwaan berhubung sampel itu.

“Selain itu, terdapat kesilapan pada botol sampel air kencing dan kepincangan dalam rantaian penguasaan sampel tersebut selain sampel disimpan terlalu lama sebelum diuji di makmal,” katanya.


Bagaimanapun, pendakwaan berhujah prosedur pengambilan sebotol sampel urin ke atas perayu adalah memadai dan teratur mengikut undang-undang.

Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkannya atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara lapan bulan.

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan dan mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 13 Jun 2019, Ahmad Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC di sebuah hotel, di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan bermula sejak 15 Oktober 2019, pendakwaan memanggil enam saksi bagi memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi termasuk tertuduh. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori