Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sarri Risau Courtois Tarik...

HUDDERSFIELD - Detik 48 jam terakhir dalam pasaran pemindahan pemain meletakkan Chelsea berada...

Pejalan Kaki Parah Disahkan...

KOTA KINABALU - Seorang pejalan kaki yang cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan...

PAN Hanya Melutut Kepada...

KUALA LUMPUR - "Kami hanya gunakan 'lutut' ini untuk menyempurnakan sujud kami kepada...

Skuad Menembak Negara Masih...

INCHEON - Kem menembak negara di Temasya Sukan Asia ke-17 di sini terus...

Anwar Desak Usul Kertas Pandora Dibahaskan

KUALA LUMPUR – Isu Kertas Pandora menghangatkan sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, hari ini selepas dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar (PH-Port Dickson) mengulangi desakan supaya Kertas Pandora yang mendedahkan fail kewangan sulit pemimpin politik dibahaskan dalam mesyuarat itu.

“Saya mahu hal ini dibentang dan dibahas. Kita tidak menghukum dan mereka tidak semestinya terbabit.

“Tapi kebanyakan kes membabitkan pemimpin negara. Ada pengaliran keluar (wang) dari sini (Malaysia) dan jumlah itu ratusan bilion.

“Saya tidak faham kenapa Speaker mahu menjadi peguam bela bagi orang ini,” katanya.

Dalam sesi sama, Anwar turut mendakwa mempunyai maklumat lebih terperinci mengenai Kertas Pandora yang diterima daripada sumber serta jauh lebih terperinci daripada apa yang dilaporkan media.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudian memaklumkan keputusan dibuatnya sebelum ini iaitu menolak usul membahaskan Kertas Pandora adalah muktamad.

“Saya bukan mahu menjadi peguam dan keputusan saya adalah muktamad.

“Kertas Pandora bukan membabitkan isu pengeluaran wang ratusan bilion. Itu yang saya nak betulkan,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Azhar mencadangkan agar perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang berkaitan untuk penelitian lanjut dengan tempoh yang lebih lama, berbanding ia dibahaskan di Dewan Rakyat. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori