Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syarikat IT Digesa Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa syarikat teknologi maklumat di negara...

Isteri ‘Kantoi’ Dengan Rakan...

SEORANG anggota polis membuat laporan ke atas isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan...

Identiti Kapten Tembak Pesawat...

DALANG disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak...

Adik Shafie Dipanggil SPRM,...

KOTA KINABALU - Setelah menyerbu rumah Hamid Apdal, adik bekas menteri Kabinet itu...

Belum Buat Keputusan Wajibkan Suntik Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama kabinet meskipun kadar vaksinasi bagi populasi dewasa dalam negara ini sudah mencapai 92 peratus.

Menurutnya, pada masa ini kerajaan akan terus menggalakkan pengambilan vaksin Covid-19 untuk menjaga kepentingan ramai.

Baca: Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan Negara Secara Selamat

“Kajian sedang dilakukan (mewajibkan vaksin). Kita belum wajibkan suntikan vaksin, tapi tanggungjawab bukan sahaja lindungi diri kita, tapi tanggungjawab melindungi orang lain.

“Banyak keistimewaan diperoleh selepas menerima vaksin. Sebagai orang Islam, ibadah Umrah juga disyaratkan vaksin. Tahun hadapan mungkin ibadah Haji dibenarkan, tentu menggunakan syarat sama.

“Ketika ini ramai yang dapat pulang ke kampung kerana sudah lengkap vaksin. Indvidu yang belum divaksin tapi curi-curi (balik kampung) itu hanya menyusahkan diri untuk mendapatkan semua keistimewaan itu,” katanya dalam sidang media selepas Lawatan Turun Padang Meninjau Penyelenggaraan Lif di Perumahan Awam (PA) Seri Perak, Sentul di sini pada Sabtu.


Perdana Menteri mengulas sama ada kerajaan sudah membuat keputusan bagi mempertimbangkan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyokong mengenai gesaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tindakan terhadap kumpulan anti-vaksin yang menyebarkan berita palsu. – SINAR HARIAN

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori