Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ketua Kerani Dipenjara, Lindungi...

KUALA LUMPUR - Seorang ketua kerani perangkaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi...

Pelajar Perempuan Bertindak Berani...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun bertindak berani mengejar dan...

Kadar Positif Kes COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kadar positif terkini bagi kes COVID-19 melibatkan kluster PUI (pesakit dalam...

Amar Singh Ishar Singh...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk...

Dr Suhaini Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2021

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021M kepada Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Datuk Dr Suhaini Kadiman.

Penganugerahan itu disampaikan kepada beliau yang juga Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara (IJN) di Istana Negara, hari ini.

Dr Suhaini, 52, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ketika ditemui selepas majlis itu berkata, sebagai profesional perubatan, hasrat beliau adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Walaupun cabaran Covid-19 sejak kebelakangan ini begitu menguji kesabaran dan kesungguhan kami sebagai petugas barisan hadapan, dengan sokongan masyarakat dan semua pihak kita dapat atasi cabaran ini,” katanya yang berkhidmat selama 21 tahun di IJN.

Bagi aspek PAPISMA pula, Dr Suhaini berkata, selain menggerakkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), pertubuhan itu membantu Keluarga Malaysia daripada sudut psikososial serta kesihatan mental dalam fasa pemulihan negara.

Selain beliau, enam individu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dan bekas pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Datin Dr Paizah Ismail.


Turut menerima anugerah itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Sarawak, Alwi Morshidi.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul lain ialah Pengasas Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Ali Hassan Mohd Hassan; Pengasas dan Pengarah Pertubuhan Kebajikan Pondok Spiritual OKU Muslim (PONDOKU) Mohd Zaini Mat Abas serta bekas penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tawau Sabah Mohd Amin Nasir.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori