Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Waris Buka Kedai Vape...

DIAM tak diam, hari ini genap dua bulan sudah rapper popular, Waris bergelar suami...

GST: Pengguna Boleh Buat...

KUCHING - Pejabat penghulu akan dijadikan tempat aduan bagi orang ramai melaporkan jika...

“Orang Kaya Rindu Melancong,...

PETALING JAYA – Sejak semalam media sosial dipenuhi perkongsian gambar dan video susana...

Bilik Asrama ‘Keras’ Dipulihkan

BESUT - Sebuah bilik asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah yang...

4 Daerah Di Kedah Dilanda Banjir

ALOR SETAR – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima laporan berkaitan banjir kilat di empat daerah di negeri ini, berikutan hujan lebat yang berlaku, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata empat daerah terbabit adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Baling dan Padang Terap.

Beliau berkata, lima pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terbabit dalam operasi di daerah berkenaan iaitu BBP Alor Setar, Pokok Sena, Jitra, Baling dan Kuala Nerang.

“Operasi menyelamat mangsa banjir di Pokok Sena membabitkan Kampung Kotan, Kampung Lubuk Macang, Kampung Rotan dan Kampung Kolon yang disertai anggota dari BBP Pokok Sena dan dibantu BBP Alor Setar.

“Operasi itu membabitkan pemindahan 16 mangsa daripada tiga keluarga di Kampung Kotan serta 11 mangsa di Kampung Lubuk Machang ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi menyelamat mangsa banjir yang membabitkan empat orang daripada satu keluarga di Jalan Kampung Kemunting Lama, Jitra selepas rumah mereka dilaporkan dinaiki air setinggi dua meter.

Beliau berkata, operasi disertai sepasukan anggota dari BBP Jitra yang bermula jam 5.18 petang tadi dan kesemua mereka dipindahkan dengan bantuan orang awam.


“Operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Kenyeng, Padang Terap pula membabitkan lima mangsa namun kesemua mereka enggan berpindah dan dalam keadaan selamat selepas air mulai surut.

“Operasi disertai anggota dari BBP Kuala Nerang,” katanya.

Sementara itu di Baling, anggota BBP Baling menerima panggilan berhubung banjir kilat di Kampung Lubuk Pedati, yang membabitkan 13 rumah terjejas namun hanya tiga mangsa daripada satu keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putra.

Mohamadul Ehsan berkata, anggota BBP Baling turut membantu menyelamat seorang mangsa banjir iaitu lelaki warga emas di Kampung Pulai, Baling ke PPS SK Pulai berikutan rumahnya dinaiki air.

Katanya, ini berikutan keadaan rumahnya hampir dengan sungai. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori