Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Di PBB, Myanmar Ditekan...

TEKANAN ke atas kerajaan Myanmar semakin meningkat di peringkat antarabangsa berhubung dasarnya terhadap...

Kecederaan Pemain Utama Punca...

PERPINDAHAN Cristiano Ronaldo ke Juventus nampaknya memberi kesan kepada pasukan Real Madrid. Jika sebelum...

OKU Manfaatkan Bantuan Kerajaan...

DUNGUN - Tuah mengusahakan jualan ‘Nasi Goreng Sotong Emas’, seorang usahawan orang kurang...

6 Anggota Bomba Lemas...

KUALA LUMPUR - Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan...

Gamer Malaysia Kongsi RM21.7 Juta

PETALING JAYA – Nama Malaysia sekali lagi harum di pentas dunia apabila ‘gamer’ negara, Cheng Jin Xiang berkongsi hadiah AS$5.2 juta (RM21.7 juta) selepas muncul naib juara kejohanan e-sukan berprestij di Romania hari ini.

Lebih dikenali dengan julukan, NothingToSay, Jin Xiang, 20, mewakili pasukannya yang berpangkalan di China, PSG.LGD menduduki tempat kedua pada kejohanan The International 2021 Dota 2.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang AS$5.2 juta dan hadiah kemenangan bakal dikongsi bersama lima pemain.

The International 2021 Dota 2 adalah kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah tertinggi dalam sejarah dengan AS$40 juta (RM166 juta).

Jumlah wang kemenangan itu setanding dengan kejohanan tenis Grand Slam, Wimbledon dan 10 kali lebih banyak daripada jelajah berbasikal, Tour de France.


Selain itu, dua lagi rakyat Malaysia Thiay Jun Wen dan Chan Chon Kien mewakili kelab yang berpangkalan di China, Invictus Gaming menduduki tempat keempat, sekali gus memenangi AS$2.4 juta (RM10 juta).

Seorang lagi peserta dari Malaysia, Ng Kee Chyuan adalah anggota pasukan Fnatic yang berpangkalan di United Kingdom terikat di kedudukan kesembilan hingga 12, sekali gus memenangi AS$800,400 (RM3.3 juta). – UTUSAN MALAYSIA

Baca: Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

TWITTER MYNEWSHUB 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori