GUAN Eng tanya kenapa SPRM hanya mendakwa ahli parlimen pembangkang tetapi tidak mendakwa ahli parlimen kerajaan.
Guan Eng tak tahu ke bahawa yang dakwa dalam mahkamah bukan pihak SPRM tetapi Jabatan Peguam Negara?
Seperti kes seorang itu yang dijanji oleh ayah kamu untuk dipilih sebagai Peguam Negara sekiranya DAP menang PRU.
Lalu dia benar-benar dilantik dan sepanjang tempoh 22 bulan yang dia menjawat, dia lihat sahaja 6 kertas siasatan rasuah berhubung terowong magic yang dikemukan pihak SPRM sejak tahun 2018 kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“4 Mac 2019: SPRM BUKA 6 KERTAS SIASATAN BERKAITAN PROJEK TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG”
https://www.sprm.gov.my/admin/uploads/media/pdf/SPRM_Buka6KertasSiasatanBerkaitanProjekTerowongDasarLautPulauPinang2611201026.pdf
Takde pun peguam negara pilihan ayah kamu mendakwa dalam tempoh 22 bulan itu.
(Isu tidak mendakwa untuk terowong ini bersama kes rasuah banglo yang digugurkan walaupun perbicaraan sudah bermula juga patut menjadi fokus pasukan siasatan khas terhadap si Tommy yang diumum kerajaan minggu lepas.)
Hanya selepas dia letak jawatan apabila kerajaan PH tumbang dan peguam negara baharu dilantik, kes terowong akhirnya naik ke mahkamah.
Jadi, tak betul untuk salahkan SPRM.
Sumber: Facebook Najib Razak