Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Sebab Perhimpunan 812...

PERHIMPUNAN umat pada 8 Disember semalam berjaya berlangsung dengan aman dan mencapai objektifnya...

Kes Curi: Pemandu Pelancong...

PETALING JAYA - Seorang pemandu pelancong dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM2,500...

Polis Jumpa Pihak Berkaitan...

KUALA TERENGGANU - Polis akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan peniaga dan penjaja serta...

Terengganu Hargai ExxonMobil Dalam...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu sangat menghargai bantuan diberi oleh syarikat cari gali...

Hanya 3 Kes Kematian Semasa COVID-19 Semalam

PUTRAJAYA – Hanya tiga kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam dan kesemuanya membabitkan mangsa yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selain itu, sepanjang tempoh sama Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 114 kematian daripada kes tertunggak, menjadikan kumulatif korban COVID-19 di negara ini kini mencecah 26,876 kes.

Berdasarkan data dikongsi KKM menerusi sesawang COVIDNOW, tiga kes kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam, dilaporkan di Pahang, Perak dan Terengganu.

“Kesemua kes di negeri berkenaan adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

“Secara keseluruhannya, daripada jumlah angka korban di negara ini, sebanyak 5,398 kes BID atau pesakit COVID-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan,” katanya.


Selain itu, KKM melaporkan 135,945 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini dengan 110,462 (81.3 peratus) daripada mereka menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selebihnya iaitu 16,394 kes atau 12.1 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hospital (8,243), unit rawatan rapi (ICU) selain pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (441) serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (405).

Kredit: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori