Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Empat Hotspot Denggi Dikesan...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengenal pasti sebanyak empat lokasi hotspot...

Guru Silat Sempat Belasah...

Seorang lelaki berusia 56 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan dikatakan terselamat dalam...

Kanak-Kanak 9 Tahun Antara...

SANDAKAN - Pihak polis menumpaskan satu sindiket dadah menggunakan kanak-kanak untuk mengedar syabu...

Tok Pa Nafi UMNO...

SANGKAL... UMNO Kelantan menafikan dakwaan bahawa kepemimpinan parti konon akan menyerahkan Kelantan kepada...

Harga Petrol RON97 Naik 1 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 13 Oktober ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 1 sen kepada harga RM2.77 seliter berbanding RM2.76 seliter sebelum ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.


Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori