PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai sesuatu yang sangat berani.
Nazar Mohammad ketika hayatnya sering membuat jenaka dan menyiarkan video lucu di TikTok, mengejek Taliban.
Pada akhir bulan Julai, setelah Taliban menakluki wilayah Kandahar, mereka pergi ke rumahnya dan menheretnya keluar sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kereta, dengan dua anggota taliban di sisi.
Baca: Malaysia Teliti Perkembangan Sebelum Iktiraf Kerajaan Taliban
Mengetahui nasibnya yakni nyawa bakal melayang, dia memutuskan untuk terus menceriakan mereka. Nazar tidak berhenti dan terus membahan Taliban yang mengheretnya pergi.
Tonton video di atas untuk melihat saat akhir Nazar sebelum dibunuh dan reaksi marah Taliban kerana masih terus dibahan. Allahyarham tidak memperlihatkan secebis pun rasa takut.
Pihak yang menolak Taliban berharap keberaniannya akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk memerangi mereka yang memangsa yang lemah kerana berkuasa.
Al Fatihah untuk Allahyarham Nazar. – Mynewshub.TV
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/kabinet-beragama-islam-rasis-ekstrimis-taliban/