TIDAK pernah ada sebarang bukti atau gambar sahih (bukan edit, ya) bahawa saya pernah kenal dengan mendiang Teoh Beng Hock, Altantuya, Kevin Morais, Hussan Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani.
Mereka juga tidak pernah berurusan dengan saya atau merupakan saksi bagi kes-kes mahkamah saya.
Tapi boleh pulak geng DAP kaitkan kematian mereka pada saya secara berterusan selama lebih 10 tahun.
Jadi, apa pendapat Uncle berhubung gambar-gambar ini?
Adakah anak Uncle pernah berurusan atau kenal dengan mendiang boss Ewein yang merupakan antara saksi utama bagi kes rasuah terowong dia ke tidak?
Adakah Uncle kenal individu yang dibulat dengan warna kuning dan adakah dia pula kenal dengan mendiang yang dibulat merah?
Ataupun gambar-gambar dan laporan-laporan media ini berkenaan urusan bernilai berjuta dan berpuluh-puluh bilion Ringgit ini adalah palsu/edit?
Cuba tanya Uncle: https://www.facebook.com/100044336560741/posts/413834806771068/?d=n
Atau tanya DAP: https://www.facebook.com/100044425959822/posts/423074602516735/?d=n