Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KPJ Pasir Gudang Nafi...

JOHOR BAHRU - KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital di sini menafikan penularan kenyataan...

Setiap Pemain Bola Kelab...

SHANGHAI - Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah...

Gelombang Ketiga COVID-19 Berlarutan...

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara ini dijangka berlarutan hingga...

“Saya Yang Ditendang, Dipukul...

INSIDEN pergaduhan di sebuah stesen minyak di Shah Alam baru-baru melibatkan sekumpulan gadis dengan...

Isu Petronas: Wisma Putra Gesa Sudan Hormati Perjanjian

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri menggesa kerajaan Sudan agar menghormati Perjanjian Promosi dan Perlindungan Pelaburan Dua Hala yang berkuat kuasa antara Malaysia dan negara tersebut.

Ia susulan tindakan negara tersebut merampas aset Petronas di Kompleks Petronas di Khartoum, bahkan turut dilaporkan mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus negara Petronas di Sudan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, memandangkan Kompleks tersebut menempatkan Kedutaan Besar Malaysia, Kerajaan Sudan juga digesa untuk menghormati status Kedutaan Besar kita sebagai sebuah entiti diplomatik, sebagaimana yang termaktub dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Walaupun proses timbang tara yang diaktifkan oleh Petronas telah bermula, kementerian berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat demi memelihara hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dan Sudan.

“Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Sudan serta berdaftar dengan Kedutaan Besar kita, berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, sejak tercetusnya isu itu pada Disember 2020, Kementerian Luar Negeri telah bekerjasama rapat dengan Petronas termasuk melalui Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum bagi menangani isu tersebut.

“Setakat ini, kementerian telah melaksanakan beberapa usaha diplomatik, termasuk memanggil Kuasa Usaha Sudan di Kuala Lumpur (buat kali keduanya) ke Wisma Putra pagi ini bagi menyampaikan kebimbangan Malaysia.

“Kementerian akan terus memantau rapat perkembangan isu ini dengan dalam memelihara kepentingan Malaysia di Sudan,” katanya. – K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori